Kedai Handphone Subang Jaya Sesak Kedai Handphone Subang Jaya Sesak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar kalian, diharap semua dalam keadaan minda yang masih segar (sebut fresh) pada awal tahun 2015 ini. Bagi ibubapa yang ada anak, sudah tentu ibubapa masih sibuk dengan mempersiapkan kelengkapan persekolahan. Sudah lama Hafiz telah meninggal zaman persekolahan. Tunggu nanti zaman anak sendri yang bersekolah pula. He He He He…

Mengikut statistik, seramai 34.4 juta bilangan pengguna handphone berdaftar di Malaysia (2013) berbanding populasi rakyat Malaysia seramai 29.9 juta orang (2015). Nisbahnya ialah satu rakyat Malaysia ada 1.15 handphone (sebut satu handphone suku) pada satu-satu masa. Tidak peliklah pada pembentangan Budget 2015, penembusan jalur lebar meningkat kepada 25 juta pengguna. Ok mana fakta rasa macam auta komen ye. He He He He…

Adakah statistik ini boleh dijadikan bukti bahawa handphone adalah satu keperluan, BUKAN lagi kehendak ? Rasa gambar di bawah menunjukkan handphone adalah keperluan asasi manusia sejagat!

 

Suasana diperkarangan Wisma DirectD

Suasana diperkarangan Wisma DirectD

 

DirectD

Wisma DirectD

 

DirectD

Beratur menunggu giiran di DirectD Subang Jaya

 

Siapa yang biasa pergi ke Subang Jaya mesti tak terlepas untuk singgah ke kedai handphone terkemuka ini, DirectD yang diusahakan oleh Extrovest Communications Sdn. Bhd. Ke anda semua beli handphone kat mana biasanya? He He He He…

Suasana di sepanjang jalan menghala ke kedai handphone ni memang havoc (sambil nyanyi gaya Joe Flizzow feat Altimet & Sonaone). Betul apa yang dikatakan dalam lirik lagu tu, ” Budak Subang Jaya, memang ada gaya), gaya macam orang kaya raya jugak la kan. Dah beratur kat kedai handphone macam beratur kat kedai beli nasi ganja kat Penang tu. Panjang tau.. Gambar di atas semua diambil pada pukul 9:30 malam!

Nak parking memang mencabar juga di kawasan ini memandangkan banyak juga kedai-kedai makan masakan Cina bersebelahan dengan kedai. Tapi kepada sesiapa yang nak beli handphone pada harga yang murah dari harga kedai-kedai yang biasa anda pergi, memang akan sanggup beratur dan tunggu giliran anda.He He He He…

Dibawah disertakan alamat, peta lokasi (Google Map) dan waktu operasi kedai handphone DirectD.

Alamat: No 64, Jalan SS15/4B, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: 11:00 AM hingga 11:30 PM (kedai buka 365 hari setahun)
No Telefon: 03-56211355 (6 talian panas)
Email: directdsales@gmail.com
Website: http://www.directd.com.my/

 

 

Ok Hafiz dah beli 7 handphone dari DirectD sejak dari tahun 2011 lagi. Dari zaman BlackBerry sampai ke Galaxy Note 3. He He He He…

Tips dari Hafiz untuk ke kedai handphone DirectD ni:

  1. Sebelum datang pastikan telefon (sebut call) dulu kedai, pastikan kedai buka dan model phone yang anda cari ada.
  2. Kalau anda pakai motorsikal, lagi bagus sebab parking susah nak dapat. Atau pun bagi yang berkereta dapatkan 2nd driver jadi takpayah cari parking dah.
  3. Disekitar Wisma DirectD, ada 3 buah kedai yang sama. Semua lokasi kedai menjual model-model tertentu sahaja bagi mengelakkan kesesakan semasa membeli. Samsung, Sony, Lenovo, Asus, Motorola, Apple, Blackberry, Nokia.
  4. Bersedia dengan air minuman kerana anda akan berdiri dalam masa yang gak lama.
  5. Elakkan guna kad kredit (caj-caj tersembunyi), dinasihatkan guna tunai (cash).

Sekian. K bai . He He He He…

Kedai Handphone Subang Jaya Sesak by

No comments so far.

Be first to leave comment below.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Inspired Magz