Page 16 of 366: Selamat membeli-belah buku Baucer Buku 1 Malaysia

Setelah mengambil Baucer Buku 1 Malaysia pada hari pertama semester Januari 2012, kelas pertama juga pensyarah memberitahu supaya mendapatkan buku teks untuk subjek tersebut. Lihat gambar pertama. Buku itu ialah, Maritime Economics tulisan Martin Stopford (ISBN 9780415275583).

Apabila diberitahu harga pasaran, kami terkejut kerana harga memang diluar jangkaan. RM 335.80 yang dijual di MPHOnline. Di Amazon.com, harganya 167.51$ Jadi bila dibeli dengan baucer buku RM200, perlu ditambah sebanyak RM 135.80 . Fuhh, memang meringankan beban. Terima kasih kerajaan Malaysia. Tapi ni baru satu subjek, ada 3 lagi subjek yang menunggu untuk dibeli buku teks. Selamat sudah tahun akhir. :)

Buku Teks Maritime Economics

Buku Teks Maritime Economics

Baucer Buku 1 Malaysia

Baucer Buku 1 Malaysia

Pada rakan2 yang sudah terbeli alat-tulis, novel, majalah dan lain2; selamat maju jaya bila pensyarah suruh beli buku pula. :)

Posted with WordPress for BlackBerry.

Cabaran 2012: Baucer Buku 1 Malaysia by

No comments so far.

Be first to leave comment below.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Inspired Magz