Batas Pergaulan Lelaki dan Perempuan Batas Pergaulan Lelaki dan Perempuan

Assalamualaikum dan selamat sejahteri uols,

Hari ni berasa nak update pasal hukum halal haram batas pergaulan antara lelaki dan wanita.  Dah lama nak buat pasal entry ni tapi baru je tergerak hati nak menaip berkenaan isu ni untuk rujukan diri sendiri dan rakan-rakan diluar sana. Insya Allah jika ada perkara yang boleh diperbetulkan, sila tinggalkan di ruangan komen ye. :)

Isu ini selalu menghantui bila setiap kali bertemu sanak saudara/ makcik pakcik/ uncle aunty/ dato datin dan sekalian yang bernama Lelaki dan Perempuan, yakni dalam budaya Melayu kita kena bersalaman dengan yang lebih tua bila berkunjung atau bertemu dengan mereka.

Adakalanya bila kita refuse nak bersalaman atau dengan kata lain taknak bersalaman, maka ia dikatakan tidak hormat orang yang lebih tua (sebut senior). Ini tidak terbatas kepada bersalaman sahaja tau, ini termasuk juga dengan pergaulan dan aurat antara lelaki dan perempuan. Hal ini telah digariskan panduan dalam Al-Quran dalam Surah An-Nur ayat 31;

haram bersalam [wanita]

Surah (An-Nūr):31 – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahu orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty thatthey should not display their beauty and ornaments except what (must ordinarily) appear thereof that they should draw their veils over their bosoms and not display their beauty except totheir husbands, their fathers, their husband`s fathers, their sons, their husbands` sons, their brothers or their brothers` sons, or their sisters` sons, or their women, or the slaves whom their right hands possess, or male servants free of physical needs, or small children who have no sense of the shame of sex and that they should not strike their feet in order to drawattention to their hidden ornaments. And O ye Believers! turn ye all together towards Allah, that ye may attain Bliss.

sumber: PMO

Infographik susur gaur siapa yang halal dan haram untuk bersalaman, bersentuhan, wajib berhijab bagi lelaki dan wanita

Mahram Bagi Wanita

Mahram Bagi Wanita

haram bersalam [wanita]

Haram Bersalam bagi Wanita

Mahram Bagi Lelaki

Mahram Bagi Lelaki

haram bersalam [lelaki]

Haram Bersalam bagi Lelaki

Sumber gambar: Nailahaniff, Anakunclenadri

Berikut adalah klip video yang dipetik dari Youtube tentang siapa yang haram untuk bersalam-salaman dan cara-cara nak mengelakkannya. hihi. Aku ulang tayang berbelas kali tengok video ni nak merumuskan style2 yang digayakan oleh pelakon ni.:D

20 Cara Stylo Nak Elak Bersalaman Ketika Hari Raya!

 

#SalamRamadhan
#HappyEidMubarak
#SelamatHariRaya

Batas Pergaulan Lelaki dan Perempuan by

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Inspired Magz